Terima kasih












Maaf, Jika aku hadir menyusahkan.
Jika aku hadir menyakitkan.
Jika aku bernafas memusnahkan.

Terima kasih,
kerana tinggalkan tanda tanya.
Terima kasih,
Kerana tinggalkan kebencian nyata.
Terima kasih,
Kerana tinggalkan segalanya.

Jika maaf, yang kau pinta.
Aku sudah memulakan dahulu kala.
Jika kata-kata yang kau pinta,
Izinkan aku tahu bila aku boleh bicara.
Tapi jika kau ingin kami beredar sekelip mata,

Kami pergi dan moga kau bergembira.


Tapi jika,
sekalipun kami diherdik tanpa ada penjelasannya.
Hanya Allah yang tahu, hati ini yang merasa.

Maafkan, kami jika tak menjadi seperti yang kau pinta.
Kerana,kami tahu kehadiran kami hanya cebisan prasangka.

Dusta.
Dianiaya.

Oleh, ke-egoan manusia.
Dan, bicara bicara manusia ketiga.

Moga Allah memberkati perjalanan ini.
Dan pertemukan kita di "syurga" Firdausi.

No comments:

Post a Comment