Rezeki itu ada di mana mana






Assalamualaikum rakan dan taulan ke Tauladan? Ah tak kisah ah.

So, Hi guys. 
Since haritu aku ternampak satu tweet, 
Pasal Benefits of studying in KPM, then ada keluar lagi tweet pasal orang judge tahap KPM ni.
So, Aku pun tweet, rasa macam nak share my OWN STORY , macamana aku kenal KPM ni. So yuk?

So, 
As you guys know, Aku ni UPSR 5A, PMR 7A1B , tuptap. SPM 3A jer. 
Saudara mara aku mula la confuse sebab apa aku drop sangat ni. BERCINTA KE? kwang kwang soo.

Haha, Siapa kat sini nasib dia macem aku? SPM tiba tiba tak pandai? Ha sebab salah pilih course. Disebabkan entry kali ni, aku macam nak share story, alang alang tu, aku share sikit tips untuk adik adik form 3 ni. Kalau, habis PT3 nanti, cikgu minta isi boranng course apa nak apply. Pilihlah course yang AWAK MAMPU HANDLE.


  • Science stream (Kalau awak memang bijaksana, mahir mengira dan menghadapi cabaran sebenar dalam pembelajaran, meneruskan sisa hidup dengan buat experinment, dan sebagainya. Silakan)
  • Accounting (Kalau awak memang suka account, or rasa skills ni boleh dikuasai dengan mudah tepatnya, Silakan. Tp kalau rasa tak boleh, bolehkan jelah, Try dlu. Sebab, Accounting is easier than pure science subjects I TOLD YOU)
  • Sastera (Economy, History and stuffs punya subject, (I am not sure) what subject yang ada dalam bidang sastera. But if you think you love it, then just go for it. *p/s : Jangan dengar cakap orang, ok?*
So, basically, Aku ni, score 7A dalam PMR , ofc la cikgu offer aku utk masuk science stream. Aku boleh je go for the second choice, tapi aku taknak sebab kawan aku semua science stream kut. Lagipun, budak science ni hot pe. Nanti senang dapat kerja. Boleh jadi doctor,. Pandai, kelas atas pulak ( Mentality aku pada waktu itu)

Tapi segalanya terlambat. Sebab, Bila akhir form 4, I realised, Aku tak bleh nak go on dengan subject physics,addmaths,chemist,Bio . HAZAB HABIS. Aku cuba pnya cobaaaa pun tak boleh mat. Susah na mati. Yang aku bole score pun, physics ngan bio. Tapi score tu pun dapat D/C je. *teruk habis* Lepastu, aku give up ah kan. Mungkin bukan MINAT. Sebab tu, Apa apa kena mula dengan minat. 

So, choose wisely dik oi, Jangan jadi macam hakak.




Maka, bermula lah, perjalanan hidup aku dengan 3A dalam tangan. Nak modalkan apa, 3A je ada, 5A tu sedap sikit dengar. Tapi nak buat macamana. Tersilap langkah tanggung sendiri. Down habis, Masa isi borang UPU, dalam hati dah tahu dah, Macam tak dapat. Pasaii ramai lagi budak bijok kat malaysia ni. Aku ni macam picisan di jendela je. Aku apply macam maciam, Pergi pameran kursus whatsoever untuk dapatkan maklumat, pergi test apa minat aku, dan sebagainya. Memang banyak beb percubaan aku. Apply poli dan sebagainya. (with the help of my friend, Aiman) 

Aku ni tak ramai kawan, jadi bab bab gini aku jadi lost tak tahu apa laman web. Apa lagi nak kena apply, apa lagi institusi di muka bumi ni. Tapi with the help of my friend Aiman, dia budak asrama, memang tahu selok belok semua ni. He helped me a lot. Then, masa aku dah nak fed up. He suggested me utk apply mara. Aku time ni pun tak tahu mende jadah mara ni. Kenapa dia mara, dia nak mara ke mana? Mara ke depan, ke kiri ke kanan? Ke dia ni sebenarnya tengah Mara. Jangan la mara mara. HAHAHAHA GURAU JE GELAK JE PLS

So setelah aku apply, Aku tak ingat aku apply for apa. tapi tak silap dia suruh pilih 3 courses. I keep choosing course makanan halal apekebende entah. Then apply lah aku dekat sukati je aku pilih time tu. Sekali tunggu punya tunggu, AKU TAK DITERIMA.

Ah sudah, huk aloh payoh gini, POLI tak terima, KPM tak terima, U tak terima, You tak terima I, Eh? ah semua tak terima, aku ni stupid sangat ke. sampai semua tak terima. Aku record bersih kot, takde record jenayah. Dimert pun tak pernah kena dulu time sekolah. em em em. Maka menangis dan bermurung la aku hari demi hari tlh ku lewatiiiiiiiiiiii

Tapi entah cemana guys, Aku yakin dengan KPM ni. I GO FOR IT. Aku apply rayuan. Ayah aku siap call Mara, utk check semula either pihak sana accept ke tak tawaran rayuan aku tu. Just do anything for it lah. (Thanks ayah mama huhuhuhu) Tapi, kitaorang ingt, MESTI TAK DAPAT GAK. So jalan terakhir, I just go for form 6 je ler nak buat guane dik non. 

Punyalah dah prepare barang bagai, dah daftar PPD untuk masuk Form 6. Tetibe, esok (rabu) masuk sekolah. Tiba tiba petang selasa tu, Ayah received call saying that, RAYUAN KU DITERIMA.

Ya Allah, tu namanya rezeki guys jangan berputus asa guys. I was so happy. Tapi aku confuse jugak, sebab dah la aku dapat course ( ISLAMIC BANKING AND FINANCE ) aku dah lah pure sc student. 0 knowledge beb pasal account. Ada pun, time KH form 3. Tapi tu pun aku suruh kawan aku siapkan kerja account tu , pasai aku tak minat. Alih alih dapat course ni mau tergolek aku bgai sushi kalau nak jwap soalan. Lepastu aku dapat kat KOLEJ PROFESIONAL BANDAR MELAKA.

I olls ok je, dekat Melaka. Sebab dekat jer. Tapi biasalah, "Kolej" semua orang be like "Kolej je ke taraf ngko ni. Senang dapat kerja ke?" "Kolej? Habisla duit. " " Kolej keje sedut duit je. " "Budak kolej exam senang je, bole la" Pergh panas telinga dengar tohmahan tohmahan orang beb. Tapi yelah, mulut orng mana boleh tutup. Diam je, tadah tadah semua ha.

Tapi guys, jangan lah menyerah kalah. Aku dah berjaya pun harungi cabaran ke kolej profesional mara bandar melaka. Dengan membekalkan diri aku sendiri. 

  • Yang tak ada langsung kenalan dari sekolah lama
  • Yang tak pernah langsung tinggal berjauhan dengan keluarga
  • Yang pendiam penakut dan sebagainya
Senang cite, With 0 lah aku masuk KPM ni. Tapi before ku masuk, aku dah tanamkan dalam jiwa dah. "Aku kena berubah. Aku dah tak boleh jadi macam dlu. Aku kena jadi diri aku yang baru."

Sebab itulah, aku boleh survive. Aku ni penakut tau time sekolah. Aku boleh taknak masuk pertandingan yang aku tahu jawaapan dia, sebab aku takut nak naik atas pentas. Aku sanggup diam dalam segala hal walaupun aku dipijak. Sebab aku takut pada mulut MANUSIA. Aku penakut Aku tak suka ada di khalayak ramai.

Setelah mentaliti ini aku ubah. Now I am here, A student of  Kolej Profesional Bandar Melaka, Belajar dalam jurusan kewangan dan perbankan islam, Dah nak masuk semester 3. Dan aku berbangga di sini, sebab aku rasa aku dah BERUBAH , sejak pertama kali aku di sini. Sebab, aku suka suasana di sini. Dia kena dengan jiwa aku. Semua melayu. Semua berjuang untuk Allah. Dan, 

Alhamdulillah, Semester 1, Aku berjaya dapat pointer 3.95, Semester 2 inshaAllah ada potensi untuk berada dalam lingkungan pointer itu jugak. Kemudian aku sedar, hikmah aku belajar di sini, Aku dapat dua benda. Sebelum ni ilmu science, dan sekarang aku ad juga ilmu account (Tanpa disangka) Sedangkan, orang lain di universiti, belajar course sama dari sek men sampai LA NI ha. So, jangan give up aite?

Siapa kata, dulu tak berjaya, sekarang pun tak berjaya?
Nak berjaya, bukan sebab dengar cakap orang ikut telunjuk orang.
Nak berjaya untuk diri sendiri, Ikut kehendak sendiri.
Kau pandu hidup kau untuk akan datang.
Kau realisasikan ia sebaiknya. 
Jangan kerana sedikit halangan buat kau goyah.
Kau kena selalu tabah,

Sebab bukan semua permulaan indah.
Dan bukan semua pengakhiran itu payah.




*Gambar masa orientasi*

Berubah sekarang, Pilih jalan yang terbaik. Rezeki Allah itu luas.

kk, gerak lu pape roger.

Harap nya, Aku dapat beri inspirasi pada manusia dengan cerita aku. Takde unsur riak di sini, Hanya sekadar perkongsian cerita. Share lah pada sesiapa, kalau rasa ter motivated dengan cerita aku ni. 

Nah, link untuk apply kolej prof mara 

: http://apponline.mara.gov.my/upimonline/syarat_kemasukan.aspx

See you there, if you are interested. 

p/s : Masuk lah KPM BANDAR MELAKA. Best, dekat tengah bandar. Semua ada kat sekeliling. Then, inshaAllah, 2017 masuk bangunan baru.




24 comments:

  1. Kak Syanim , sama lah macam saya . Form 3 pilih aliran account ( 4F) tup tap dapat pure sci ( 4A pulak tu) .I got 5A 4B and 1F for my PT3 .F tu sci so why lah saya dicampak ke aliran sci . Dah buat rayuan bagai still tak dapat .During F4 , banyak gak failed terutama subjek elektif pure sci . Teras takde masalah . And yes rasa menyesal pun ada , rasa nak tukar aliran pun ada . Tapi dah terlambat so struggle jelah . F5 turun kelas from 4A to 5C . First term punya result Teras semua A . Elektif I got D and E .Mana tak sedih and takut utk spm nnt .Saya mmg join tuition since dec2015. Jojn tuition utk subjek bio , chemist and addmath . But subjek tu dpt D and E. Rasa nak nangis sebab parents keluarkan duit bayar tuisyen beratus tapi takdr improvement . Improve pun dari failed ke lulus .Risaunyaaa for my spm . -your junior

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh okay, Kira kita sama nasib lah ni. Its okay dik, dont worry, usaha sehabis baik okay? Dlu akak pergo tusyen sana sini jugak end up managed to get C+,D,E. Dah tak boleh nak buat macamana. Yang penting dah usaha sehabis baik. So, utk awk spm ni kan, awk buat je sehabis baik. Yg plg penting skali score utk subj teras. At least 5A tu, masa depan cerah nak masuk Uni. And then, subj elektif tu, score sehabis baik. JANGAN KASI FAIL langsung ok? Sebab those will helps you to choose what course you're going to take in uni. Apa pun , You have to decide now. Apa minat dan cita cita awak, jd senang nak apply course apa. Nanti lambat, takut salah langkah lagi. Goodluck for SPM dik.

      Delete
  2. keep inspiring people! always supporting you!

    ReplyDelete
  3. akak,lepas akk buat rayuan tu,keputusan rayuan tu cpt xkluar?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian cerita akak , saya pelajar lepasan spm 2017. saya rasa berminat dgn kpm tapi itulah , keluarga tak sokong sangat saya ambjk course yg tetiba terpesong drpda apa yg sya belajar dulu . saya jadi buntu nak pilih mana satu upu , kpm , ipg , matrik. tapi saya harap dengan apa yg akak cerita ni walaupun saya mungkin tak dpt teruskan cita2 saya ke kpm , saya dpt mengubah diri saya mcm yg akak buat . berubah jdi lebih baik utk berjaya. sekian. doakan saya ya .

    ReplyDelete
  5. apa yang aka tulis amat memberi sokongan kepada saya.result spm dan pt3 sederek 3A.siapa tak pernah fikir diri tu bodoh sangat smpai spm sama dengan 3 ketul A pt3.buatlah tusyen dan stayback tiap tiap hari kat sekolah tapi akhirnya 3A mmg murung jawabnya.tapi selepas baca entry akak saya mula bina diri saya untuk jadi lebih tabah dan sabar . yee drpd kisah akak kita kena faham betul betul rezeki ada dimana mana dan disimpan untuk masa tertentu.allah simpan rezeki kita dan tidak pernah salah alamat.terima kasih akak saya berjaya kuatkan diri saya sebab saya ingatkan diri saya mmg dilahirkan bodoh , selalu dicompare kan dengan anak org lain , kecewakan mak pak , terlampau sedih tak terkata tapi saya pasti usaha saya itu akan membuahkan hasil pada masa akan datang ! btw saya lepasan spm2018 yang masih struggle nak pilih kktm , kpm atau uitm . apa2 pun all the best akak ! hehehe

    ReplyDelete
  6. Hi. Nak tanya, ape subjek 3A yang akak dapat tu ? Math kena power ke kalau nak ambik course ni ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, nak tanya kalau KPM Bandar Melaka ni dari sem 1 smpai sem 6 akan duduk hostel atau akan keluar menyewa jugak? ::))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sem 1 je menyewanya..naik sem 2 dn ke atas sewa kat luar

      Delete
  8. Salam sis nak tnye pemakaian tudung dekat sane bole style apa² ke or kene formal je

    ReplyDelete
  9. Kak kalau ambik sains tulen kat sekolah menengah kan boleh ke ambik subjek acc sebab daripad f4 lagi saya tak pernah tau pun acc sebab amik bio btw saya student mrsm tapi tula soso je masuk pun sebab upsr 5A wkwk

    ReplyDelete
  10. Kenapa awak x dpt halal industry tu yew,3 A KOD...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, wow kata2 akak memberi saya semangat lah, terharunya...huhu TOT saya pun dpt masuk kelas PC.. saya pun tak tahu cam mana boleh dapat..mungkin disebabkan gred matematik kot. Sains saya pt3 D, masa tu gred saya 3A, 3B, 3c 1D �������� cantik grednya hahahah... tapi tu lah experience saya sama macam akak. Masuk sains tulen sebab group kawan saya semuanya masuk kelas yang ambil pure science. Saya pun masuk lah, masa form 4 okay lagi, masuk je form 5 murung habis... saya ingat lagi bulan 7/8 2020, saya diserang vertigo iaitu sejenis sakit kepala 2 kali seminggu selama sebulan. Saya akan ponteng 2 hari every week selama sebulan tu. Pening kepala sampai tak boleh jalan, makan pun tak mampu. Rasa macam nak muntah... Start daripada situ, saya punya memory jadi short term...saya mudah lupa... ���� dah lah ambil subjek bio. �� last2 dapat C... bangga gila... sebab selalu dapat D dan E waktu form 5... fizik dan kimia pula dpt D spm, selalunya saya dapat E dan F ☺���� saya bersyukur sebab atleast ada improvement... tapi sayang..BI dan PAI saya B+ je.. waaaa �� boleh dpt A- Adehhh

    ReplyDelete
  12. Wauuuu jadi ter-inspiration la pulakk dengar cite sis ni 😭 saya pon tgh apply kpm jugak ni tapi tak dapat.. now tengah tunggu result rayuan je ni😭 pape pon tysm sis for the motivation, I really need that<333

    ReplyDelete
  13. Kita senasib la sis😭 Saya pun dulu UPKK,UPSR,PT3 semua perform tapi sampai ke SPM auto terciduk. Bagi Chemistry, Physics &Addmath memang terciduk aaa AHAHAHA. Thanks sis! Tiber ada semangat nak sambung belajar nanti ni🤍

    ReplyDelete
  14. saya pun macam akak penakut semua ada��. i applied for accounting tapi tak dapat, halal industry yang dapat. takpela mungkin rezeki dekat situ. bulan nov ni start class, sumpah takut. tapi lepas baca ni tetiba naik semangat nak study betul betul ❤️

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak, saya nak tanya tentang silibus Halal Industry. macam mana ya saya nak tahu tentang silibus untuk setiap sem sebelum masuk ke sana? sebab saya nak buat preparation before masuk belajar

    ReplyDelete
  16. Tahniah Adik. Moga terus cemerlang

    ReplyDelete
  17. Akak hi saya dtg dari thn 2023..saya dapat KPM kat Bandar Melaka..saya nk tanya fasiliti okey tak ka kat sana.... Asrama diorang okey tak..

    ReplyDelete
  18. Slm sis, nk tnya..kpm student ppuan wajib pakai tudung x? Sy ni xpakai tudung

    ReplyDelete
  19. sissy cerita kita lebih kurang laa 😭 rasa macam i can see myself in ur storylife nii 🥹 dh laa dpt 3A jugak lpstu apply upu pun semua pun tkdpat n then nk dpt KPM ni mmg susah doo 2 kali kene rejected . pstu terai la kol mara sendiri permohonan rayuan sy tu ada diterima tak dlm sistem apa smuaa mcm sis punya cerita pstu alhamdulillah wasyukurillah Allah permudahkan buka jalan dan ada rezeki sy dkt KPMBM nii 🥹 but at first , sy pun apply Halal Industry tp dia bgtau course tu dah penuh and then tetiba ada rezeki dpt la Islamic Finance 🥹 aaa samaa mcm citaa akak kan !! anw thankiee a lot sissy bg inspiration n motivation through ur story !! for real , rasa determined sgt aft baca ur story that kinda same w me 🥹🫶🏻

    ReplyDelete
  20. insyaa Allah rasanyaa akan ingat selalu dah citaa sis ni nt msuk KPMBM 🥹🫶🏻

    ReplyDelete