Jika benar





Jika ia benar,
Jangan biar ia pudar.

Jika ia nyata,
Jangan kasi dia hilang tiba-tiba.

Jika ia pasti,
Semat ia sedalam dalam hati.

Aku tahu,
Setiap kehadiran seseorang membawa pesan.
Setiap muncul seorang insan, Ia memberi keikhlasan.

Jika,
Hadirnya dia untuk meng utuskan aku kesungguhan, 
Hadirkan dia, tika aku dalam pergelutan

Jika,
Adanya dia untuk memberi kebahagiaan,
Munculkan ia, di kala aku kesedihan.

&

Jika,
Wujudnya ia untuk hadirkan rasa,
Utuskan dia, di kala aku perlu kekuatan
Atau ketika, aku memerlukan sokongan

Tiada kekuatan,
Untuk aku meneruskan,
Tiada jua kerelaan,
Jika aku melepaskan.

Tunjuk kan aku jawapan,
Untuk segala keraguan,
Dan menyelesaikan kerumitan. 

1:33 am | Khamis 



1 comment: