Pengalaman berbraces

Salam guys,
Eh nak salam pulak.. No no bukan mahram!!

Hahaha

Hi guys, 
So today i nak share to u all about pakai braces. As you guys know, or dont know dont care or u dont want to know--- I dah pakai braces baru dalam seminggu lebih. The reason why im wearing braces is because 

•Gigi atas kedepan lebih 1 cm. (Em yeke? hahaha)
•Ketidak rataan gigi, Sebab dia macam ada unsur tinggi rendah sikit.
•Gigi belakang tak straight.

So, Since then, i've decided to wear braces. At first, it was hard for me to make decision. Sebab most of my friends cakap my gigi is ok already. But, U know u sendiri boleh rasa ur keadaan gigi macamana.

So it took me, 1 year to think. 1 week to make decision. Sebenarnya, Mama dah offer suruh pakai braces ni dari last year But then, I kan masuk college so it was too busy to buat braces bagai. So mama cakap better buat decision, Sebab habis sem boleh la proceed. If u really want to do.

So fikir punya fikir sampai tergolek tergolek duduk tepi tingkap murung dan bingung sendirian. Aku pun decide nak pakai jela. Survey sampai 3 tempat utk cari harga yang paling berbaloi. Dah tu, Tampal gigi dekat klinik lain, Cuci gigi dekat klinik lain, Pakai braces dekat klinik lainn.

Thanks ah dekat Marsella.
Pasal dia suggest tempat lama dia pakai braces kat aku. Plus, The price pun reasonable. 

In case you guys was wondering where was it. Dekat putra heights, Klinik pergigiian Alya, klinik dia area bank islam. Kalau dapat doc johan lagi best, Dah la lah lembut, Hensem pulak! Hahaha  ok sorry.

Ok proceed.

So, 
Process dia tak lama pun. First of all, dia akan x ray hati kita dulu... Eh jap. Bukan. Maksud aku, Dia akan x ray gigi dulu. Hati tu lain, Hari lain kita cerita. Kahkahkah.

So, lepas dah tengok keadaan gigi kita, dia akan buat mould(acuan) utk gigi kita, So that dia boleh jadikan model utk prepare braces kita tuh. Masa pakai tu, Takde rasa pe tapi rasa geli geli sikit. Tapi zaman da moden, dia punya tanah liat tu rasa chewing gum. Hahaha. Tapi doc tu dia akan tekan la bagi gigi kita mcm appear kat tanah liat tu. Sakit sikit ah . Sebab dia buat mcm lupa perasaan kita sikit. Aku siap, ada ulcer kot. Sebab mult aku kecik kot. So benda acuan tu mcm tak muat so doc kena tekan mcmtu. em

Selepas, Beberapa hari. Akan ada appointment utk proceed dengan pemasangan bracket. A.k.a braces.
Gua seram beb, sehari sebelum pemasangan tu sebab nervous. Dia macam nak amik spm esok. Wah cmmtu perbandingan dia. 

Sebelum ni, Aku da buat pemantauan dan research dah pasal braces ni. Da usha blog orang semua, Da tanya kat twitter, Asking my friends. So guys, If you want to make decision or what, Better buat research dulu. So u can prepare la some stuffs needed kan. Lepastu rasa berilmu pengetahuan lah masa jumpa doc tu. So, U can ask doc more questions! Rajin pls guys.

Im writing this pun, for helping u guys. If you guys macam nak tahu opinion kan. This is my story. 

Em, masa pemasangan bracket tu. Takde rasa apa-apa pun. rasa penat je sebab kena buka mulut 1 jam. Korang relax je, tak payah risau. Tak sakit apa pun. Cuma waktu dia pasang getah tu, sakit sikit sebab dia macam tekan. Aku siap berlinangan air mata masa dia pakai kan dekat gigi bawah. Doc tu mcm "Sorry pressure sikit" :-( 

Lepas da pakai tu rasa janggal gila rasa macam kau jadi lebih jongang daripada jongang sebelum ini. Wah direct tau hahahaha. Em. Pastu rasa mcam besi besi ada sibuk pastu rasa mcm besi tu tergesel gesel dekat mulut. So u akan rasa mcm sore dalam mulut.

Gigi aku start sakit hari kedua lepas pakai. My friends lepas pakai tu selang beebrpaa hour terus sakit. But mine, esok baru sakit. SERIOUS sakit weh. Bukan main main ni. Bila ku kenang semula, macam na nanges.

Rasa dia macam, dia menolak gigi kau ke dalam sambil tu dia tarik jugak gigi. So, kau macam tak boleh sentuh langsung gigi kau. especially ur front tooth. Gigi depan semua sakit. So, Nak makan kena makan guna gigi belakang. Tapi masa mula2, gigi belakang pun sakit. So u akan rasa tak akan chew any foods pun. Sebab nanti sakit. 

I suggest u guys, Makan bubur. Kalau da muak makan bubur. Makan nasi yang lenbut then letak banyak banyak kuah. Pastu makan ikan je tau, Then carik carik ikan tu. Macam makan orang pantang bersalin kan? Tapi ni pantang berbraces. Bersalin tu nanti. Gataii eh?!

My schedule untuk makan kan, Pagi makan roti cicah air milo. Roti esok roti lusa roti. Hahahaha! Semua benda lembut lah. Tapi kalau gigi kau mcm dinasour yang tak gentar hadapi cabaran, Makanlah apa apa asalkan bracket ko tu tak rosak.

So after 1 week, You akan rasa selesa dengan gigi besi itu. Mula mula memang disaster weh. Aku siap rasa menyesal tau. Rasa macam nak pergi dentist balik nak cakap dengan doc, "Saya nak buka braces ni balik. Tak kira!" HAHAHHAA. Dah la rasa mcm muka huduh. Pastu, Ada ulcer pulak. Mine ada 3 ulcer. Lepastu cakap pun pelat macam matsalleh. Tak boleh nak pronounce S, M, P hahahaha. Lepastu rasa mcm susah gila nak cakap, So better tak cakap. So mcm minggu tu tak mengumpat hahahaha. Jap, Mana ada aku mengumpat. Em 

Lepas seminggu ni, Semuanya ok. Rasa seronok pula pakai braces ni mcm indah je rasa. Tapi tak indah sangat lah sebab, bila makan je makanan mcm terselit1 di celah gigi. Kalau dia selitkan intan permata takpe jugak boleh buat bisnes. Hahahaha. 

So pengakhirannya, Aku da malas nak makan sangat sekarang. Kalau makan pun dah tak tambah. So, I lose weight, kot seminggu ni. Turun 1 KG. hahahaha. Well, Ok ah da kurus senang sikit nak dapat balik shape yang dah OUT ni pasal balik umah asyik makan jer.

So guys, Pakai je kalau rasa kau perlu pakai. Better pergi check dulu, Asks doc wether u should wear or not. Pasal, this is not remeh temeh punya decision tau. Dia berkaitan penderitaan dan kebahagiaan. Tolong serious! Hahahaha.

Sebab bila pakai braces ni, You have to be discipline, Gosok gigi tu kena selalu. Lepastu, medical check up tu kena ikut la schedule dia jangan la sukati2 je nak datang taknak datang. Aku ni duduk seremban, tapi klinik kat usj. Gigih tau

Maaf la post kalini panjang sangat. Taknak baca boleh proceed ke next page. K bai, 

Nah, Gambo.





7 comments:

  1. Nice sharing. Boleh tau tak berapa lama kena pakai then cabut balik? Pastu berapa ye charge utk buat braces tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah pakai 2 tahun. and baru je buka. depends pada gigi. kalau gigi teruk amik masa yg lama. tp klau gigi ok kurang dari 2 tahun da bole cabut. saya buat ni rm 4800 ansuran. rm500 retainer.

      Delete
  2. awk kene cabut gigi x before pakai tu

    ReplyDelete
  3. nak tanya, masa first appointment kena bayar apa apa ke?

    ReplyDelete
  4. slm nk tnye..braces jenis ape ye?

    ReplyDelete
  5. Awak nice la sharingg.. dia punya ayat tu nak sama macam luahan jati sya ja.. ahaha.. ad ja yg bertentangan.. dan paling ketara is tak sampai seminggu berat dh turun 2kg..

    ReplyDelete
  6. nk tanya awak, awak pakai retainer selamanya ke

    ReplyDelete