Satu step baru.

Hi guys, So harini aku nak share la kat korang. Seperti mana korang tahu atau korang tak tahu most probably sebab aku tak heboh heboh??

First reason aku taknak heboh, aku takut mulut mulut setengah pihak yang merancang atau ingin merancang untuk menjatuhkan aku dengan menghebahkan  atau mengeji pekerjaan aku? 

Kedua aku cuma malas nak bercerita kepada dunia yang aku bekerja kerana aku bekerja di sana cuma temporary. 

So, kalau nak tahu. Now i am working under ummu aiman muslimah collection. Which is i am working with my boss aka the owner of the ummu aiman muslimah collection. I am the one who will reply to your order? i am one of the admin untuk fb page https://www.facebook.com/pages/UMMU-AIMAN-Muslimah-Collection/188959281272837

So, Most probably, Kalau kau order, aku akan reply with typical words like "Nak ke sis?" "Nak saiz apa ya sis?" "Ada lagi sis." "Free postage semenanjung sis"

Haha kadang kadang aku pun hampir men- sis kan kakak kakak atau makcik makcik yang datang ke kiosk aku. Atau men sis kan orang di sekeliling. HAHAHA sorry.

So far, Kerja ni. (Seminggu bekerja ni) Seronok tu seronok sebab kerja yang aku mahir. Layan order orang through whatsapp, Save baju diorang nak, Letak sticker, tulis buku, bagi no. tracking, pack untuk di pos-- dan layan customers.

Of course, aku mengaku. Aku bukan meminati bidang bisnes sebab aku tak suka bisnes. Tp aku melihat peluang yang amat cerah kepada online shoppers kerana ramai orang suka membeli through online sja. 

Aku bekerja bersama satu partner, warga terengganu yang membuatkan aku lupa dialek melayu ketika bersama dia. Tapi dia dah nak berhenti, dan pekerja baru bakal menyusul. 

Waktu bekerja aku 10 pagi 10 malam. Durasi yang lama dan annoying. HAHAHHA aku annoyed dengan kipas dekat kedai aku, suka rosakkan tudung aku. :-( 

Kalau ditanya pada aku, "Seronok ke kerja?" Seronok tu seronok sebab rasa hari kau produktif takdela kau mereput di rumah dengan tak buat apa apa. Tapi nak dikata tak seronok tu boleh jugak sebab kadang kadang customers yang dtg berperangai aneh. Bahagian sebelah kedai aku merupakan stor, apakah yang mereka mahukan sampai nak jejak bahagian stor kami? Stor tu dikhaskan kepada pekerja utk mencari saiz yang diinginkan dan kenapa pula ko nak pergi sana kau nak kerja ke acane. 

Atau lebih aneh lagi,tanya pendapat aku. "Warna ni cantik ke warna ni?" Bagi aku warna yang cantik adalah warna yang kau rasa cantik. Gitew. Dan beberapa soalan ganjil lagi seperti kain ni apa dibuat di mana dan sebagainya. 

Tak perlu la visit visit aku di tempat kerja sebab aku selalu kelihatan ugly sebab panas dan tudung aku selalu buruk sebab kipas dekat kedai tu pusing terlalu laju. 

Dah la malas dah nak tulis. Apa yang pentingnya, kalau rasa nak jubah dengan pelbagai design dan colour, Visit fb page yang aku share di atas. Jemput mak, makcik awak, jiran awak, order. Ok? Murah jer. kalau awak berduit kahkahkah.

  
Dan secara tak sengaja, aku dipilih untuk menjadi model. Suratan atau kebetulan?

Ke"rezeki" an lah. 

ok la bye, Esok kerja. *Nangis jap* *sebab malas* *Sebab kena bangun awal* 

No comments:

Post a Comment