Tangan kau leraikan?


Dan saat itu tangan aku dileraikan,
Di sambut kedukaan.

Dan saat itu, Anak mata menyaksikan,
Cinta dirampas dan disimpan berbeza insan.

Pada masa itu,
Aku kebingungan.

Adakah itu akan berkekalan?
Atau patutkah aku memisahkan?

Pedih.
Terimbas kenangan lama di kotak fikiran.
Segala perjanjian yang kau taburkan.
Impian yang kau berikan.

Pudar.
Segalanya pudar.

hilang. 
Semuanya berakhir.

Atas kehadiran dia--
Yang hanya memberi cebisan kenangan.
Atas kehadiran dia--
Yang memusnahkan.

Tiada membenci dia.
Tiada membenci kamu.

Cuma membenci diri sendiri.
Kerana biarkan hati berlari mencintai kau dahulu.

No comments:

Post a Comment