Mati itu pasti


Dari sinar mata memandang ke bumi,
Menjadi saksi tanah ditambusi.

20/5

Anugerah terindah-memiliki seorang atuk yang cukup hebat dengan pelbagai katakternya. Pergi buat selamanya.

Atuk,
bersemadilah di dunia kekal sana.
Yang akan menyusurimu pasti antara kita.
Jasa dan segala kata katamu, 
akan ku semat dalam jiwa dan raga.

Atuk,
Tiada lagi ungkapan nasihat tatkala raya
Menyusun kemas bait bicara tuk semua
Bergelak ketawa senyum dan mesra

Di saat kau bersama opah dahulu,
kini kau pergi tinggalkan opah.

ya Allah,
Tempatkan lah atukku di kalangan orang orang yang beriman. 

Al fateha- Waras bin hassan. 



No comments:

Post a Comment