Hadirnya rasa tak pernah disangka sangka.

       

Pernah kah engkau jangka segalanya akan kau rasa, 
Pernah kah engkau fikir sebegini akan berlaku, 

Tak semua apa yang kau pernah sangka kan juga terjadi, 
Aturan Allah yang Satu untuk hidup dan diri sendiri, 

Kau sangka, kau tak akan rasa pada dia, 
Tak mungkin ada perasaan suka kepada dia.

Dan kau akhiri hidup dengan mencintai dia.
Menyayangi dia.

Bila kau tersedar, Kau tersentak.
Kau rasa, Kosong & tertanya tanya.

Kenapa harus dia sedangkan kau tak pernah jangka akan jatuh hati pada dia.

Kehidupan bak gelora di lautan, 
Tinggi bak gunung ganang, 
Biru bak langit cerah,

Tak sangka.
Berlaku.

Tak mungkin.
Pasti.

Suka.
Tak dapat.

Benci.
Suka.

Mengharapkan.
Terlepas.


Kehidupan ; Yang pasti mencoret pelbagai hiasan, Kerana setiap kehidupan memberikan kenangan.


Nukilan : 8/10/13 Jam : 2:48 pagi.

No comments:

Post a Comment