Bila tiba masa kau perlu membuat keputusan,
Bila tiba masa kau terpaksa meluahkan,
Bila tiba masa ia dirungkaikan,
Bila tiba masa segalanya dibicarakan.
Membuat andaian & menyakitkan.
Semua itu akan berlaku kepada kau.
Satu hari nanti, Kerana itu adalah dugaan yang semua manusia akan lalui.
Angin menyapa diri,
Terdiam merebah ke bumi,
Memandang ke luar jendela,
Melihat bulan keseorangan,
Kadangkala ada ditemani bintang,
Kadang tiada apa yang menemaninya,
Namun dia tetap kuat bertahan keseorangan dan memancarkan cahaya.
Begitu juga manusia.
Jika dulu orang kau sayang ada di sisi,
Dan kini dia pergi.
Jadi lah seperti bulan.
Tabah kan diri.
Tetap menghadapi meskipun melalui cahaya nya tiada kecacatan.
Usahalah kita, Senyumlah kita,
Meskipun dalam hati gundah gulana
Bila tiba masa nya kau rasa semua ini,
Dan kau masih mampu melihat post ini,
Maknanya kau seorang yang tabah.
Tak seperti sesetengah orang.
Putus asa.
Jangan jadi seperti itu.
Masa dan langkah kau masih jauh,
Walau beribu batu kau melangkah,
pasti ada jalan jalan kecil yang kau tak pedulikan.
Tahniah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment