#Cuci The Musical (Teater) at Istana Budaya.



Yo Brother Yo sister. Sebelum saya mula berbicara bagai lebih baik saya meminta maaf dahulu kerana lama tak update. Ye, saya
busy. Sebenarnya saya lupa apa nak update. Eh tak sebenarnya saya malas eh okay diam.


Pada Hari sabtu haritu, (Tak ingat tarikh) Aku,shana dan azzmine, Telah pergi ke Istana Budaya untuk tengok teater. Excited weh, Teruja gila. Yelah tak pernah tengok teater kan.Pulak tu pergi istana budaya kott! Soo, Mula mula, biasalah ayah aku tak kasi, Last last mesti kasi. Ayah saya memang hebat. Last minute baru kasi jawapan. So, aku pergi dalam pukul 8 like that. Teater start pukul 8.30, Aku just makan sikit je kat rumah, sebab tak sempat. Petang tu dok busy pilih baju, Dah lah nak ke sana tak boleh pakai ikut suka. Ada peraturan bagai. tak boleh pakai jean lah apa benda tah. So, aku pun pakai lah skirt labuh(Mak aku punya) , And Kemeja purple.

Dalam kereta,kita dok bergosip je,tapi aku tak, sebab aku jarang jalan pergi kl,malam malam, so aku pun tengok lah luar,Hmm tenang je.DAH PUN SAMPAI. Bila dah sampai tu, fuuhhh, lawa wa cakap lu,istana budaya tu. Aku dah mula excited, sampai dah salam mak Azzmine,padahal dia ikut hantar kat dalam -.-' Hahaa. Then Azmine tu sibuk lapar pulak, aku pun lapar, tapi excited sangat sampai kenyang sendiri. Ayah dia pun paksa makan, aku pun makan lah nasi goreng share dengan Azzmine,

Untuk maklumat tuan puan, Azzmine tu anak buah Raja Azmi, Yang director tu lah. anda semua kenal kan. So, terjumpa lah dia, Aku pun salam. Bolehlah friendly, dia pun nak tengok teater. Azzmine pun mula lah bodek dia nak duduk depan. Tapi tak dapat. *flipshair* :( . Dah makan punya makan, dah pukul 8.35 like that. kitaorang macam gelabah,takut dah start, cepat cepat lah naik

Waktu naik tu, ingat tingkat first, sekali kena naik lagi, pastu kena naik lagi, naik lagi, tingkat atas sekali. Lepastu sesat. Memang terbaik. HAHAHA. Oh,kitaorang 3 orang je pergi, Parents azzmine balik. Dah pun sampai, pergi lah ambik seat, Seat kitaorang tinggi gila dari pentas,jauh? of course lol, Seat paling murah kan. RM56 . So, aku duduk baris depan, azzmine belakang dekat dengan shana.

Aku harap sangat lah yang duduk sebelah aku bukan lelaki. Fuhh, Alhamdulillah lah perempuan pakai baju kurung bertudung nampak baik, cantik, and dengan boypren dia, Okaylah tu. Couple yang sweet. Aku pun duduk forever alone. First sekali, Kena nyanyi negaraku blablabla. Then Start. Keluar lah Afdlin,nabil raja lawak,hans isaac,awie,vanidah imran,dina nazir,harun salim bachik. Aku macam *speechless* sorang sorang. Jumpa in real life kott. Mau tak teruja eden? :p teater tu 5 jam doo. Lama kan? Tapi rasa macam sekejap. Ada break dalam pukul 10.30.

MEMANG AWESOME WEH . Lawak dia, perghhh. Lawak gila, aku gelak dah macam orang gila kat atas tu. Orang sebelah aku dia gelak jugak tapi aku tak dengar sangat, Ntah dia gelak ke dak, ke aku terlebih dalam dunia sendiri? Apa aku merepek ni woi? -_-' Okayy. So lawak gila, Belakang tempat duduk aku pulak family. So terasa selamat gitu, Tapi ada isu isu 18sx sikit ah. Sikit je. LAWAK WEHHH.

Oh pentas dia awesome
Boleh terbang terbang,boleh tuakr lampu,boleh semua lah. Awesome. Aku sebak.teruja sangat

12.30 show tamat.
Sedih jugak lah cerita tu. Tapi aku tak sedih sebab aku rasa macam lawak je. HAHA. Then dah habis, dia pun bebel lah cakap terima kasih kerana hadir blahblabla. Ramai dah blah masa tu. Kitaorang duduk je dengar, then akhir tu, artis artis tu pun lambai lambai kat tempat duduk atas sekali, aku pun dok lambai diorang. macam lah diorang nampak aku, aku dah lah kecil gitu.

Tak cukup lagi, lepas habis teater kita tunggu kat luar, nak bergambo, beratur punya beratur, dapat lah ambik gambar, Heheheheh. Oh lagi satu aku dapat lah bersalaman dengan nabil. yelah azzmine kan sepupu dia, siap berborak lagi azzmine dengan nabil. Aku pun tumpang lah cakap. eh aku tak cakap. aku senyum je. Sebab aku rasa aww malu gila.So we take take picture dengan diorang semua.Best gila. Balik pukul 2. Aku tidur pukul 5. HAHA. nasib lah esok tak sekolah. Enjoy the pictures!

Sorry,panjang beno,post ku.




Sorry gambar gelap. Kedekut nak bukak lampu kot diorang. ke diorang saja nak mood romantik? entah peduli hape. Yang aku tau. aku dah ambik gambar dengan diorang. tu yang tudung purple tu aku.

No comments:

Post a Comment