Kita cuma akan terima cinta yang kita layak

                                   


Bukan kehendak kita untuk persoal perasaan, 
Tapi sudah jadi kepastian untuk kita hargai rasa itu buat tatapan..

Yang hadir bukannya sebagai satu yang sia sia,
Tapi pasti ada satu sebab yang menyimpan pelbagai rahsia.

Rasa cinta yang mula ada,
Bukan bererti akan berhenti seketika.
Tapi jika sentiasa mengingati tentu sayang itu kekal selamanya.

Anggaplah,
segala ketetapan yang terjadi sekarang,
memang sesuatu plot terbentang,

Menunjukkan betapa besarnya kuasa cinta
Yang mampu bawa kita melewati seluruh rasa.
Yang mampu mengatasi segala duka lara,
Yang juga memberi semangat kobar setiap waktunya.
Juga yang memberi erti, cinta tiada harganya.

Andai sudah tertulis ia,
Maka terjadilah segalanya.

Andai ia cuma terbit seketika,
Padamkan lah ia dengan secebis shj rasa kecewa.

Tapi jikalau pengakhirannya sebuah puitis bahagia,
Aturkan lah ia sebaiknya.


InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment